Monday, August 25, 2008
Kem Permata Gemilang
Khamis, 14 hingga 15 Februari 2008 ~ SMK Dato’ Penggawa Timur telah mengadakan Kem Permata Gemilang Siri 1 bertempat di Savannah Hill, Sungai Tiram, Ulu Tiram, Johor. Sebilangan pelajar Tingkatan 3 termasuk 99 orang pelajar KRK adalah antara peserta yang mengikuti kem tersebut. Kem ini diadakan bagi mewujudkan generasi pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam sahsiah diri, akademik dan non-akademik serta sihat mental. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti berkumpulan seperti mencipta logo kumpulan, latihan dalam kumpulan, santapan rohani (bagi pelajar-pelajar islam), pendidikan moral (bagi pelajar-pelajar bukan islam), riadah,’jungle trekking’ dan sebagainya. Tidak ketinggalan Seminar Amalan Bijak Belajar turut disampaikan oleh En Mohd Fitri B Shukri selaku Counsel Bijak Belajar yang dijemput khas dari Pulau Pinang. Dengan terlaksananya Kem Permata Gemilang ini, diharap memberikan impak yang mendalam di mana para pelajar dapat menanamkan sifat jati diri yang kental dan berwawasan untuk memajukan diri serta dapat membimbing para pelajar bagi mempersiapkan diri, mental, emosi dan fizikal dalam menghadapi peperiksaan PMR. Kem ini telah dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih kepada semua yang membantu terutama guru-guru dan juga kerjasama yang baik dari semua peserta.
Subscribe to:
Posts (Atom)